TANDAS BMW (BERSIH, MENAWAN DAN WANGI)
Tandas BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan standard kebersihan, keselesaan dan kemudahan tandas awam di seluruh Malaysia.
BMW merujuk kepada tiga elemen utama yang menjadi penanda aras kualiti tandas awam, iaitu Bersih, Menawan dan Wangi. Inisiatif ini bertujuan mengubah persepsi masyarakat terhadap tandas awam dengan memastikan setiap kemudahan sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa digunakan dan memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada pengguna.
Melalui pelaksanaan inisiatif Tandas BMW, KPKT berhasrat memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat, di samping meningkatkan imej negara sebagai destinasi yang bersih, selesa dan mesra pengunjung.
Bagi aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan Restoran dan Kedai Makan, sila muat turun Borang Kendiri Tandas BMW dan lengkapkan borang tersebut. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dimuat naik bersama dokumen sokongan semasa proses permohonan atau pengemaskinian maklumat di portal.
Maklumat Lanjut