Hakcipta Dan Pengecualian
HAKCIPTA
Maklumat terkandung dalam gerbang ini adalah hakmilik Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Perkhidmatan dan maklumat yang terdapat di gerbang ini tidak boleh dijual, dipindah, dilesen, dihasilkan semula, dipamerkan, diterbitkan, diedarkan, disalin, dipertunjukkan ataupun diubahsuai oleh anda.

PENGECUALIAN

Maklumat yang terdapat di dalam gerbang ini akan dapat memberi maklumat umum kepada orang ramai, dan segala usaha telah dibuat untuk menjamin maklumat yang tertera di sini tepat. Akan tetapi, adalah diingat:

  1. Maklumat dibekalkan tidak menggantikan ataupun mengubah undang-undang Malaysia dan keperluan serta panduan rasmi.

  2. Pelayar ke gerbang Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur harus mendapat nasihat profesional sebelum bertindak atas sebarang maklumat yang didapati daripada gerbang ini.

  3. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menerima tanggungjawab ataupun liabiliti apa jua sama ada dalam kontrak, ekuiti, ataupun sebaliknya atas tindakan yang diambil, ataupun harapan ke atas Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akibat membaca, sebahagian, ataupun kesemua maklumat dalam gerbang ini, ataupun atas sebarang kesilapan, kekurangan, kepincangan, kesalahan dalam ataupun ketidakhadiran dalam maklumat yang diberi dalam gerbang ini.

  4. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab atas ketidakupayaan mengakses maklumat atau kesan dari ketidakupayaan itu kepada kerosakan komputer pelayar, kepada perniagaan pelayar, atau kepada apa sahaja.

  5. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak menolak permohonan yang dilakukan secara ‘online’ jika pemohon didapati gagal hadir ke pejabat untuk urusan pengesahan dokumen sokongan oleh pihak pentadbiran Jabatan selepas 7 hari dari tarikh permohonan dilakukan.

  6. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak menolak permohonan/dokumen sokongan/pendapat/apa sahaja yang diterima atau dihantar kepada http://elesen.dbkl.gov.my agar tidak melampaui isu masyarakat, agama, politik dan seumpamanya.

  7. Semua pautan dan rujukan kepada lain-lain laman Web, organisasi, ataupun orang yang tidak berada dalam Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dibekalkan untuk kemudahan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sokongan laman-laman Web ataupun maklumat yang terkandung dalam laman-laman Web tersebut ataupun individu-individu yang dirujuk.
     
  8. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak boleh dianggap menyokong sebarang laman Web, organisasi, ataupun orang yang mempunyai pautan luar-laman kepada gerbang Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semua pelawat yang tidak mempedulikan pengecualian ini berbuat demikian atas tanggungan diri mereka sendiri.

Syarat Penggunaan
1. PENERIMAAN SYARAT DAN PERATURAN

Gerbang http://elesen.dbkl.gov.my adalah milik Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dengan melayar elesen.dbkl,gov,my atau menghantar permohonan/dokumen sokongan/pendapat/apa sahaja kepada gerbang ini, maka pelayar tersebut telah faham akan syarat dan peraturan ini dan bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

Hak masuk dan penggunaan gerbang diberikan oleh Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 

  1. Dengan mengggunakan http://elesen.dbkl.gov.my, anda bersetuju diikat oleh syarat-syarat berikut, yang akan berkuatkuasa serta-merta dengan penggunaan pertama http://elesen.dbkl.gov.my. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat dan peraturan berikut, sila jangan mendaftar untuk menggunakan servis, forum, papan mesej ataupun bahagian interaktif kami. Kegagalan mematuhi sebarang daripada syarat dan peraturan ini mungkin mengakibatkan kehilangan hak untuk menggunakan servis ini.

  2. Dengan menggunakan gerbang ini, anda bersetuju akan diikat oleh, dan akan mematuhi, syarat dan peraturan serta sebarang garis panduan yang kami akan laksanakan. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak memperbaharui syarat dan peraturan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda. Anda boleh membaca versi terkini syarat penggunaan dengan klik pada pautan hiperteks yang berada di bawah gerbang kami

2. SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN

Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mungkin menghentikan penggunaan gerbang ini jika anda gagal mematuhi syarat-syarat penggunaan, atau jika anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut :

  1. Menggunakan gerbang ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang;

  2. Menggunakan gerbang ini untuk tujuan yang dilarang oleh syarat dan peraturan;

  3. Terlibat dalam kelakuan yang disifatkan membahayakan pengguna ataupun pihak lain, secara langsung ataupun tidak langsung;

  4. “Mengekori secara mengendap” atau dengan cara lain mengganggu pengguna lain

  5. Mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang mana-mana pengguna lain

  6. Melanggar sebarang undang-undang atau peraturan negeri asing, persekutuan, negeri atau tempatan;

  7. Menggunakan gerbang ini dengan cara yang boleh melemahkan, mencacatkan, terlalu membebankan atau merosakkan sebarang pelayan Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ataupun mengganggu kelancaran penggunaan gerbang ini oleh pihak lain;

  8. Cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke dalam gerbang ini, akaun lain, sistem komputer ataupun rangkaian-rangkaian berhubung dengan sebarang pelayan Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun laman Web, melalui penggodaman, curi kata laluan ataupun cara lain. Tambahan pula, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengikut budi bicaranya, berhak membatalkan akses penggunaan seseorang dengan memberi sebab ataupun tanpa memberi sebab, dengan notis terlebih dahaulu ataupun tanpa sebarang notis terlebih dahulu
3. PENDAFTARAN
Bahagian-bahagian tertentu dalam gerbang ini mungkin memerlukan pendaftaran. Anda dikehendaki menyediakan maklumat terkini yang lengkap dan tepat seperti yang dinyatakan pada borang pendaftaran yang berkenaan. Anda bersetuju untuk mengemaskinikan data bila perlu, agar maklumatnya tepat dan terkini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memilih serta mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda dan nama pengguna anda. Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab atas penggunaan kata laluan anda ataupun akaun anda oleh orang lain

4. PENGGUNAAN WWW.ELESEN.DBKL.GOV.MY

Gerbang ini serta perkhidmatannya adalah untuk kegunaan peribadi anda, kecuali bila dinyatakan sebaliknya. Anda bersetuju menggunakan gerbang ini hanya untuk mengirim, menghantar dan menerima mesej serta bahan yang betul dan, bila bersesuaian, berkaitan dengan perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh penggunaan yang tidak mengikut tertib, anda berjanji tidak akan:

  1. Mengganggu, memburu, memfitnah, mendera, mengugut ataupun mencabul hak sah (contohnya hak privasi dan publisiti) pihak lain.

  2. Menghantar, muat naik ataupun mengedarkan sebarang bahan lucah, cabul, karut, berunsur fitnah atau tidak sesuai ataupun haram.

  3. Menggunakan gerbang ini serta perkhidmatannya berkaitan dengan tinjauan, pertandingan, rafel, permainan, "skim piramid", surat berangkai, e-mel merepek, spamming ataupun mesej duplikasi ataupun tidak diminta.

  4. Mengumpul atau menyimpan maklumat pengenalan peribadi pengguna lain untuk tujuan komersil ataupun jenayah.

  5. Membuat pelawaan seksual bagi pihak untuk ataupun kepada individu bawah umur ataupun membahayakan warga bawah umur dalam apa jua cara sekalipun.

  6. Menyamar sesiapun..

  7. Menggunakan alamat mengelirukan ataupun maklumat palsu.

  8. Muat naik, ataupun menyediakan fail yang mengandungi imej, foto, perisian, ataupun bahan lain yang dilindungi oleh undang-undang hakmilik intelektual, termasuk yang tanpa hakcipta terbatas ataupun undang-undang cap dagang (ataupun hak privasi atau publisiti) kecuali anda memilik atau pun mengawal hak tersebut ataupun telahpun mendapat kesemua kelulusan yang diperlukan.

  9. Menggunakan sebarang bahan ataupun maklumat, termasuk imej atau foto yang tidak terhad, yang didapatikan melalui laman Web dengan cara yang mencabul hakmilik sesiapapun.

  10. Muat naik, mengirim, e-mel ataupun menyiarkan fail yang mengandungi virus, "Trojan Horse", "worm", "time bomb", "trap doors", fail tercemar, ataupun perisian sebegitu ataupun program yang boleh menjejaskan komputer atau harta orang lain, atau menjejaskan kualiti, prestasi atau fungsi gerbang ini.

  11. Mengiklan ataupun menawarkan barangan ataupun perkhidmatan untuk tujuan perniagaan, kecuali jika perkhidmatan tersebut dikhaskan untuk mesej sebegitu.

  12. Mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan ini atau penggunaan Perkhidmatan ini oleh orang lain, mahupun mana-mana Saluran atau pelayan atau rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan atau melanggar apa-apa keperluan, tatacara, polisiatau peraturan rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan ini atau mana-mana Saluran yang berkenaan;

  13. Menghapuskan ataupun memalsukan sebarang maklumat berhakcipta, seperti penghargaan pencipta, notis pengesahan ataupun notis sepatutnya ataupun designasi proprietari atau label sumber atau sumber perisian atau bahan lain yang dikandung dalam fail yang dimuat naik.

  14. Muat turun sebarang fail yang dikirim oleh pengguna lain yang anda sedar, ataupun sepatutnya tahu, bahawa ianya tidak boleh disalinkan, dipamerkan, dipentaskan, ataupun diedarkan dengan cara begitu.

  15. Memuat naik, menyiarkan, menghantarkan melalui e-mel atau menyediakan atau menghantarkan dengan cara lain apa-apa bahan yang mengandungi virus perisian atau apa-apa kod, fail atau atur cara komputer yang lain, yang direka untuk mengganggu, membinasakan atau menghadkan fungsi mana-mana perisian atau perkakasan komputer, atau kelengkapan telekomunikasi;

  16. Melanggar sebarang kod kelakuan atau garis panduan yang mungkin dikenakan pada sebarang perkhidmatan tertentu

  17. Mengumpul maklumat mengenai orang lain, termasuk alamat e-mel.

  18. Melanggar undang-undang atau peraturan yang berkaitan, termasuk peraturan tanpa batasan yang diisytiharkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak dikehendaki mengawasi gerbang ini. Akan tetapi, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai hak untuk menilai semula dan mengeluarkan bahan yang dikirim kepada gerbang ini mengikut budi bicaranya.

Mengikut budi bicaranya, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh menyediakan maklumat yang dianggap perlu ataupun patut untuk memenuhi syarat undang-undang, peraturan, proses perundangan ataupun permintaan kerajaan, ataupun menolak permintaan untuk mengirim, mengeluarkan ataupun menyunting sebarang bahan, biar sebahagian ataupun sepenuhnya.

 

5. SYARAT PENGGUNAAN FOTO YANG DIHANTAR

Dengan muat atas, mengirim, menghantar ataupun memberikan foto, gambar, imej ataupun apa jua kandungan termasuk yang tidak terbatas, grafik, video, data, teks, fail, pautan, perisian, muzik, bunyi, ("kandungan") kepada http://elesen.dbkl.gov.my anda akan memberi kebenaran untuk diikat oleh syarat penggunaan foto Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jika anda tidak setuju, jangan muat atas, mengirim, hantar ataupun menyumbangkan sebarang kandungan kepada http://elesen.dbkl.gov.my

 

Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai hakmilik ke atas imej atau foto yang disumbangkan kepada gerbang ini. Anda mengakui bahawa Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai kawalan ke atas penggunaan imej atau foto anda, dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kegiatan penggunaan, penerbitan ataupun penyalinan imej dan foto anda. Anda mengetepikan segala hak tindakan yang anda ada terhadap pihak kami berhubung dengan penggunaan, penerbitan atau penyalinan sedemikian.

 

Maka dengan itu anda dinasihatkan bahawa sebarang imej atau foto yang disumbangkan anda kepada gerbang ini tertakluk kepada penilaian kami.

 

Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengikut budi bicara pihaknya, memegang hak untuk melarang pameran ataupun mengeluarkan imej atau foto daripada gerbang ini jika dianggap menimbulkan bantahan daripada Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun dianggap Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melanggar undang-undang berkaitan.

 

Tanpa membatasi yang tertera di atas dalam apa jua bentuk pun, anda tidak dibenarkan mengirim, muat atas, e-mel atau menyiarkan, atau meminta muat atas melalui sebarang stor kepada gerbang ini sebarang imej atau foto yang sifat kandungannya:-

  1. mengikut takrif Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ia adalah menjelikkan, menyakitkan hati, berunsur fitnah, mendera, lucah, mengganggu, mengancam, mengugut, mengganggu, pornografik, bersifat seksual ataupun tidak sesuai untuk individu di bawah umur 18 tahun.

  2. yang melanggar undang-undang atau peraturan mana-mana tempat imej atau foto ini dipamerkan atau dimuat atas dari dan/atau ditontoni, dan/atau diterima, atau melanggar sebarang kod industri;

  3. yang merupakan bahan ataupun kandungan di bawah takluk hak cipta yang digunakan tanpa kebenaran pemiliknya ataupun yang mencabuli hak milik intelektual seseorang individu;

  4. yang menurut pendapat Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ia memberikan gambaran yang tidak baik terhadap gerbang ini
HANTAR
BATAL
Saiz Teks & Warna Teks :
Tema :