|
Definisi :
-
Hiburan Malam: Terdapat 2 bahagian iaitu Muzik Dan Nyanyian dan Muzik,Nyanyian dan Tari Menari.Contoh Muzik Dan Nyanyian ialah Karaoke,Live Band,One Piece band, Three Piece Band,DJ dan sebagainya.Contoh Muzik, Nyanyian dan Tari Menari ialah Karaoke,Live Band,Disko,Dangdut,DJ dan sebagainya.
-
Hiburan Permainan: Aktiviti hiburan yang diadakan dalam jangkamasa panjang di dalam tempat hiburan atau dalam premis bangunan yang telah mendapat lesen premis perniagaan hiburan atau lesen premis yang dibenarkan. Contoh permainan yang terlibat adalah seperti Pusat Hiburan sekeluarga, Bowling, Snooker/Billiard/Pool, Hiburan dengan mesin hiburan (Kiddy Rides & Mesin simulator), Hiburan Juke Box
-
Hiburan Semasa: Hiburan Semasa adalah hiburan dimana ia dijalan hanya pada hari tertentu dan jangkamasa yang pendek. Contoh, Konsert, Karnival, Pesta Ria, Pertunjukan Fesyen, Ratu Cantik, Jamuan Makan Malam, Drama / Teater, Promosi, Tayangan Amal, Opera Cina, Ekspo / Pameran, Pertunjukan Pentas.
-
Hiburan Panggung Wayang: Ianya boleh dikategorikan sebagai tayangan gambar di pawagam atau cinepleks.
|