Soalan Lazim

Umum

 
 1.

 
Bagaimana cara untuk membuat permohonan lesen perniagaan?

 
Permohonan lesen boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

1. Mendapatkan borang permohonan dan membuat pendaftaran dikaunter-kaunter pendaftaran lesen di:
   - Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut atau

2. Memuat turun borang permohonan melalui laman web http://elesen.dbkl.gov.my dan menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran seperti di atas.

3. Membuat permohonan secara online. Semua dokumen sokongan perlu dimuatnaik atau dihantar ke kaunter-kaunter pendaftaran seperti di atas dalam tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran dibuat.
 

 
 2.

 
Apakah kaedah pembayaran lesen yang disediakan?

 
Lesen perlu dibayar secara tahunan di mana tempoh sah lesen adalah secara dinamik (tidak semestinya berakhir pada 31 Disember setiap tahun).

Pembayaran lesen hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter bayaran DBKL dengan menggunakan:
   - Wang Tunai
   - Wang Pos
   - Kiriman Wang
   - Bank Deraf sahaja atas nama BENDAHARI BANDARAYA
   - Kad kredit
 

 
 3.

 
Mengapa kelulusan lesen boleh terbatal?

 
Lesen boleh terbatal melalui 2 cara iaitu:
1. Permohonan pembatalan lesen oleh pelesen itu sendiri atau
2. Kelulusan lesen dibatalkan oleh jabatan atas sebab-sebab pelanggaran syarat pelesenan.
 

 
 4.

 
Sekiranya berlaku kehilangan lesen, bagaimana untuk mendapatkan salinan lesen?

 
Pelesen boleh mendapatkan salinan pendua lesen di Bahagian Kewangan, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja. Bayaran akan dikenakan bagi pengeluaran pendua lesen tersebut.
 

 Lesen Premis Perniagaan

 
 1.

 
Apakah sebab-sebab permohonan lesen premis perniagaan ditolak?

 
1. Premis mempunyai tangga tunggal adalah tidak dibenarkan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
2. Terdapat tambahan dan perubahan yang tidak mendapat kelulusan perancangan dan pelan bangunan.
3. Tidak mengemukakan penyata kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
4. Premis tidak mematuhi keperluan dan langkah keselamatan pencegahan kebakaran seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Bomba.
5. Tidak memsang perangkap sisa minyak (grease trap).
6. Terdapat bunyi bising dan kacauganggu serta tiada sistem kawalan akoustik (bunyi bising).
7. Tidak mematuhi garis panduan Pelesenan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja.
 

 
 2.

 
Bagaimana untuk memohon lesen premis perniagaan di rumah / premis kediaman?

 
Pemohon perlu terlebih dahulu mendapatkan Perintah Pembangunan (DO) dari Jabatan Perancang Bandar yang menyatakan permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada perdagangan.
 

 Lesen Penjaja

 
 1.

 
Berapa lamakah tempoh sah lesen penjaja?

 
Tempoh sah lesen adalah selama 1 tahun kecuali bagi lesen Penjaja Sementara / Bermusim yang sah mengikut tempoh lesen yang dibenarkan oleh Jabatan. Lesen hendaklah diperbaharui pada setiap tahun.
 

 
 2.

 
Berapa lokasi yang boleh dipohon oleh seorang pemohon untuk berniaga di pasar malam?.
 

 
Seseorang pemohon boleh memohon dan boleh dilesenkan sehingga 7 lokasi pasar malam yang berbeza sekiranya beroperasi pada malam yang berlainan.
 

 Lesen Iklan

 
 1.

 
Bagaimanakah cara untuk memastikan penggunaan Bahasa Malaysia dalam iklan adalah betul?

 
Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul hendaklah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengesahan sebelum permohonan lesen iklan dibuat di Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja.
 

 
 2.

 
Jalan manakah yang tidak dibenarkan bagi pemasangan iklan tiang lampu berbentuk komersial?

 
Pemasangan iklan tiang lampu berbentuk komersial tidak dipertimbangkan di Jalan Protokol seperti di bawah:
   - Jalan Istana
   - Jalan Mahameru
   - Jalan Raja Laut
   - Jalan Parlimen
   - Jalan Ampang(dari Balai Polis Jalan Tun Razak ke Pasaraya Hock Choon)
   - Jalan Syed Putra
   - Jalan Sultan Ismail
   - Jalan Kinabalu
   - Jalan Dato’ Onn
   - Jalan Sultan Hishamuddin
   - dan jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur

Pemasangan iklan berbentuk komersial hanya dibenarkan di luar pusat bandar dan di kawasan perumahan.
 

 Lesen Hiburan

 
 1.

 
Mengapa permohonan lesen hiburan perlu dibuat 14 hari sebelum tarikh aktiviti diadakan?

 
Tempoh ini dikenakan bagi sesuatu permohonan Lesen Hiburan adalah bagi tujuan untuk memberi masa kepada agensi-agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk mengemukakan ulasan atau maklumbalas bagi sesuatu permohonan itu. Disamping itu, tempoh ini juga akan digunakan oleh pihak jabatan untuk melakukan siasatan tapak bagi memastikan kesesuaian lokasi bagi sesuatu permohonan yang dikemukakan.
 

 
 2.

 
Apakah tindakan yang akan dikenakan bagi sesuatu pelanggaran syarat untuk Lesen Hiburan?

 
Bagi setiap kesalahan atau pelanggaran syarat Lesen Hiburan seperti beroperasi lebih masa, pemilik/operator pusat hiburan terbabit akan diberikan Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter) yang perlu dijawab dalam masa 14 hari dari tarikh surat tersebut. Perkara ini kemudiannya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan atau JKP (Pembatalan Lesen) untuk diputuskan jenis hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan.

Saiz Teks & Warna Teks :
Tema :