• Notis Makluman

LESEN SEMENTARA KL PRIHATIN

YB Tan Sri TPr. Annuar Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Bebas Berniaga pada 10 November 2020.


Di Kuala Lumpur, permohonan akan dibuka mulai 15 November 2020 secara dalam talian. Bagi permohonan secara manual boleh dihantar mulai 16 November 2020 ke pejabat-pejabat cawangan DBKL atau pejabat zon perumahan Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA).