PEMAKLUMAN BERKAITAN BAZAR AIDILFITRI TAHUN 2025
Untuk makluman, pembayaran caj-caj melibatkan Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow Kit) boleh dijelaskan bermula pada 14 Januari 2025 sehingga 27 Januari 2025. Pemohon yang berjaya perlu menjelaskan caj-caj tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Pemohon yang gagal berbuat demikian akan dibatalkan tawarannya dan petak tersebut akan ditawarkan kepada calon simpanan.
Untuk makluman juga, sesi taklimat bagi Bazar Aidilfitri akan diadakan pada 14 Januari 2025 secara atas talian. Link jemputan ke sesi taklimat akan dikongsi kepada pemohon melalui aplikasi Whatsapp.